Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran musnahkan 3,700 hektar kawasan di Australia Barat
  • GLOBAL

Kebakaran musnahkan 3,700 hektar kawasan di Australia Barat

Utusan Sarawak 4 hours ago
SITUASI kebakaran hutan di Australia Barat.

SYDNEY: Kebakaran yang tercetus pada Hari Krismas dilaporkan berada berhampiran bandar Boddington, kira-kira 130 kilometer tenggara Perth di negeri Australia Barat (WA), lapor Xinhua.

Pasukan bomba bertungkus-lumus sepanjang malam bagi mengawal kebakaran yang masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya dan telah memusnahkan hampir 3,700 hektar kawasan, menurut Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Jumaat.

Sebahagian penduduk terpaksa bermalam di pusat pemindahan di bandar Williams pada malam Krismas, menurut ABC.

Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan (DFES) Australia Barat menurunkan tahap amaran kebakaran kepada “Watch and Act” pada pagi Jumaat susulan keadaan yang bertambah baik berikutan peningkatan kelembapan dan pengukuhan garisan kawalan kebakaran.

KELIHATAN asap berkepul memenuhi ruang udara disebabkan kebakaran hutan.

“Ia sememangnya tempoh 48 jam yang mencabar buat anggota bomba dan sukarelawan kami, dengan pasukan bertugas sepanjang Malam Krismas, Hari Krismas dan hingga ke awal pagi,” kata Penolong Pesuruhjaya DFES, Stuart Wade .

Sementara itu, Presiden Shire Boddington, Eugene Smalberger berkata kira-kira 50 penduduk berpindah ke pusat pemindahan di Pavilion Sukan di bandar Williams, kebanyakannya bersama haiwan peliharaan.

Beliau berkata kebakaran marak sejak dua minggu lalu, namun kembali merebak akibat cuaca panas, mencetuskan kebakaran kecil yang berlaku lebih dekat dengan bandar. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribut ragut 4 nyawa, kerosakan meluas di seluruh California
Next: Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.