KOTA SAMARAHAN: Satu kebakaran berlaku melibatkan kilang sabut di Kampung Semera Sadong Hilir, di sini malam kelmarin.
Kebakaran itu membabitkan sabut kelapa di kilang, manakala 30 peratus bahaghian bumbung musnah dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 8 malam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 08.01 malam tadi.
“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya terima panggilan terus digerakkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sabut kelapa di kilang tersebut.
“Kebakaran turut melibatkan bahagian bumbung kilang, anggaran kebakaran 30 peratus,” katanya.
Oleh NICKELYSON LAKUN