Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran kereta di Kampung Budaya berjaya dipadamkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran kereta di Kampung Budaya berjaya dipadamkan

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEADAAN kenderaan jenis Proton Exora yang terbakar di bahagian enjin di Kampung Budaya Sarawak pagi tadi. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Kenderaan jenis Proton Exora terbakar kira-kira 50 peratus di bahagian enjin dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Budaya Sarawak, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.53 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.

KEADAAN kenderaan jenis Proton Exora yang terbakar di bahagian enjin di Kampung Budaya Sarawak pagi tadi. Foto BBP Petra Jaya

Menurut kenyataan itu, jentera bomba tiba di tempat kejadian pada 10.12 pagi dan mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pegawai keselamatan Kampung Budaya menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki, satu nozel serta satu alat pemadam api.

“Pasukan bomba hanya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan memastikan tiada lagi punca api atau kemerebakan kebakaran sebelum operasi ditamatkan,” katanya.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan mangsa.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran rumah dua tingkat di Taman Seng Goon, api berjaya dikawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.