Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran kereta di Batu Kawa, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran kereta di Batu Kawa, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
BOMBA BBP Batu Lintang menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan jenis MPV Toyota Alphard yang terbakar di bahagian enjin berhampiran Stesen Minyak Petros, Batu Kawa, Kuching, malam ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Kereta jenis MPV Toyota Alphard terbakar di bahagian enjin dalam satu kejadian kebakaran berhampiran Stesen Minyak Petros, Batu Kawa di sini, malam ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.29 malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang tiba di lokasi pada 8.36 malam, dengan jarak perjalanan sekitar enam kilometer. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 8.37 malam dan operasi tamat sembilan minit kemudian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan kenderaan jenis Toyota Alphard dengan anggaran kemusnahan sekitar 15 peratus pada bahagian enjin sahaja.

“Bagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” menurut kenyataan itu.

Komander Operasi, PBK I Chaplin Wan berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kenderaan berkenaan bagi memastikan tiada punca kebakaran yang boleh menyebabkan api marak semula.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi itu melibatkan seramai lapan anggota bomba dengan kekuatan satu jentera FRT. Pasukan bomba kemudiannya beredar dari lokasi selepas memastikan keadaan benar-benar selamat.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah terbakar 60 peratus di Taman Penrissen, lima penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.