

KUCHING: Sebuah kedai di Lorong Chawan 12, Taman Supreme, di sini mengalami kebakaran sekitar 1.30 petang tadi.
Menurut laporan Komander Operasi, PBK I Syamsyul Mustapha, kebakaran melibatkan sisa longgokan kotak akibat terkena api kimpalan di dalam premis berkeluasan 20×40 kaki persegi, dan hanya 10 peratus daripada premis terbakar.
Operasi pemadaman dijalankan oleh lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya menggunakan satu jentera FRT serta 1 salur bantu mula dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.
Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini.