Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran kecil Tokong Cina di Kampung Hilir Lubok Antu berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran kecil Tokong Cina di Kampung Hilir Lubok Antu berjaya dikawal

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEJADIAN kebakaran kecil melibatkan sebuah Tokong Cina di Kampung Hilir, Lubok Antu berlaku pada tengah hari tadi. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Satu kejadian kebakaran kecil melibatkan sebuah Tokong Cina di Kampung Hilir, Lubok Antu berlaku pada tengah hari tadi, namun berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 12.17 tengah hari sebelum segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, Skuad Bravo APM Lubok Antu tiba di lokasi pada 12.24 tengah hari dan mendapati struktur Tokong Cina berkenaan sedang terbakar dalam skala kecil.

“Kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan Bomba Sukarelawan yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam operasi itu, seramai empat anggota APM Lubok Antu dan lima anggota Bomba Sukarelawan terlibat dalam kerja-kerja pemadaman serta kawalan keselamatan di kawasan kejadian.

Beliau berkata, pihak APM turut mengambil maklumat tiga individu yang dikenal pasti berada di lokasi kejadian bagi tujuan rekod dan tindakan susulan.

Tambahnya, kawasan kejadian kini berada dalam keadaan terkawal dan selamat, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.

Sehubungan itu, APM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Rumah kosong musnah terbakar di Kampung Riam Jaya
Next: Kereta terbakar 90 peratus di Jalan Tai Shin Jar, Hui Sing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.