Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran kapal tangki minyak di Indonesia ragut 10 nyawa, 21 cedera
  • GLOBAL

Kebakaran kapal tangki minyak di Indonesia ragut 10 nyawa, 21 cedera

Utusan Sarawak 3 days ago
KEBAKARAN berlaku di atas kapal MT Federal II sekitar 4.30 pagi (2130 GMT Selasa).

JAKARTA: Sebuah kapal tangki minyak yang sedang menjalani kerja pembaikan di sebuah limbungan kapal di Batam, Indonesia terbakar awal pagi Rabu, mengorbankan 10 orang dan mencederakan 21 yang lain, menurut pihak polis tempatan.

Kebakaran berlaku di atas kapal MT Federal II sekitar 4.30 pagi (2130 GMT Selasa), ketika kapal itu sedang berlabuh di sebuah limbungan di Pulau Batam, berhampiran Singapura, kata Ketua Polis tempatan, Zaenal Arifin kepada AFP.

Menurut beliau, percikan api dilihat di kawasan simpanan kapal sebelum api marak. Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Kesemua mangsa telah dihantar ke empat hospital berdekatan, dan siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kapal tangki yang berdaftar di bawah bendera Indonesia itu tidak membawa sebarang muatan minyak ketika kejadian, jelas Zaenal, sambil menambah bahawa kapal tersebut telah dikosongkan terlebih dahulu bagi tujuan pembaikan.

Insiden ini merupakan kebakaran maut kedua membabitkan kapal yang sama dalam tempoh kurang lima bulan.

Pada Jun lalu, empat individu maut dalam insiden serupa. Siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada percikan api yang mencetuskan letupan gas yang masih terperangkap di kawasan simpanan yang tidak dibersihkan sepenuhnya.

Zaenal turut memaklumkan bahawa dua pekerja kesihatan dan keselamatan dari limbungan berkenaan telah dinamakan sebagai suspek dalam kejadian Jun, yang berlaku di bahagian berbeza kapal tersebut. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jepun catat lebih 31 juta pelancong, rekod terpantas capai 30 juta
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.6 landa Drake Passage – USGS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.