Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran jengkaut di Kampung Tunah berjaya dikawal sebelum ketibaan bomba
  • KEBAKARAN

Kebakaran jengkaut di Kampung Tunah berjaya dikawal sebelum ketibaan bomba

Utusan Sarawak 7 hours ago

MUSNAH…Pasukan bomba memadamkan sisa kebakaran sebuah jengkaut  yang terbakar  dalam kejadian di Kampung Tunah, Bekenu malam tadi. 

MIRI: Sebuah jengkaut musnah hampir 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Tunah, Bekenu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 malam itu, jengkaut yang diletakkan di kawasan tanah lapang dilaporkan terbakar, namun tiada mangsa terlibat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.05 malam, sebelum lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan air paip dari rumah berhampiran.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja baik pulih menyeluruh di bahagian enjin yang masih berasap bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan semula kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.50 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar di Tudan, api dipadam pemilik sebelum bomba tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.