Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini
  • GLOBAL

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR ini diambil pada 28 Februari lalu dan diterima oleh AFP daripada Kementerian Pertahanan Jepun semalam menunjukkan sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun menjatuhkan air ketika memadam kebakaran hutan berhampiran bandar Ofunato, Wilayah Iwate. Foto AFP

MORIOKA: Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak semalam dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas, meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk.

MENUNJUKKAN sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun mengambil air ketika memadam kebakaran hutan berhampiran bandar Ofunato, Wilayah Iwate. Hampir 1,700 anggota bomba sedang memerangi kebakaran hutan terbesar di Jepun dalam tempoh tiga dekad, kata pegawai pada semalam. Foto AFP

Kebakaran di Ofunato, Wilayah Iwate memaksa penduduk berpindah sejak ia tercetus pada Rabu sebelum merebak ke kawasan lebih luas mengunjur ke pantai Pasifik, lapor agensi berita Kyodo berdasarkan maklumat daripada kerajaan tempatan.

Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba berjanji dalam sesi parlimen untuk “menggerakkan sepenuhnya keupayaan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Diri (SDF) bagi mengelakkan kediaman penduduk terjejas.”

Anggota bomba dari seluruh negara dan pesawat SDF terus berusaha memadamkan kebakaran selepas berjaya menghalang api daripada memasuki kawasan kediaman di Ofunato pada Ahad.

Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana, kebakaran hutan ini adalah yang terbesar di Jepun sejak penghujung 1980-an. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arus laut paling deras akan perlahan
Next: Seorang maut, kereta rempuh pejalan kaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.