Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran hutan ragut dua nyawa
  • GLOBAL

Kebakaran hutan ragut dua nyawa

Utusan Sarawak 4 years ago
KEBAKARAN yang bermula Sabtu lalu, semakin marak dan merebak lapan kali ganda dalam tempoh 24 jam.

CALIFORNIA: Sekurang-kurangnya dua maut dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu di luar bandar ini merebak ke 21,000 hektar hutan lain.

Kebakaran berlaku di sebuah pekan kecil, kira-kira 80 kilometer dari Sacramento.

Eldorado National Forest memaklumkan ribuan penduduk berada dalam keadaan selamat dengan api semakin marak yang belum dapat dikawal.

Akhbar Sacramento Bee melaporkan, Ketua Jabatan Bomba, Thom Porter mengingatkan orang ramai berjaga-jaga dengan sebarang tanda amaran dan bersedia keluar dari kediaman masing-masing apabila diarahkan.

“Kami mahu anda keluar dari kawasan ini supaya dapat melindungi rumah daripada kebakaran,” tegasnya.

Kebakaran yang bermula Sabtu lalu, semakin marak dan merebak lapan kali ganda dalam tempoh 24 jam.

Bencana yang menakutkan itu bertambah sukar apabila angin kencang menyebabkan api semakin marak sekali gus menyukarkan usaha memadam kebakaran.-AFP

Continue Reading

Previous: Itali mulakan misi evakuasi
Next: 4.89 bilion dos vaksin didaftar di seluruh dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.