KIEV: Ratusan pasukan bomba dan penyelamat bergegas memadamkan satu insiden kebakaran hutan di timur Ukrain yang mengorbankan enam orang, memetik menteri dalaman Ukrain pada Selasa.
Pesawat penyembur air juga dikerah ke tempat kejadian kebakaran di wilayah Lugansk tersebut, yang mana ia adalah sebahagian daripada kawasan pemerintahan pro-Rusia, kata satu sumber tempatan.
Pasukan bomba pada mulanya berjaya memadamkan kebakaran tersebut, namun malangnya, kebakaran sekali lagi mula merebak disebabkan oleh tiupan angin dan keadaan suhu tinggi dan akhirnya merebak di kawasan seluas 80 hektar (200 ekar), menurut pasukan kecemasan.
Lebih 120 rumah terkena kebakaran tersebut kerana berhampiran dengan kawasan pertempuran insiden itu.
Gabenor wilayah Serhiy Haidai memberitahu Radio NV bahawa kebakaran berkenaan kemungkinan disebabkan salah laku yang disengajakan oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab. – AFP