Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran hutan baharu meletus berhampiran Los Angeles
  • GLOBAL

Kebakaran hutan baharu meletus berhampiran Los Angeles

Utusan Sarawak 4 months ago

Sebuah trak bomba berundur dari api asap dari kebakaran baharu di Jalan Tasik Hughes di Castaic, kejiranan barat laut Los Angeles, California. - Foto AFP

LOS ANGELES: Kebakaran hutan baharu meletus di utara Los Angeles semalam, merebak dengan pesat dan mencetuskan arahan pemindahan terhadap ribuan penduduk di wilayah yang sudah menghadapi kesan kebakaran besar.

Api marak bermula di lereng bukit berhampiran Tasik Castaic, merebak pantas hingga memusnahkan lebih 2,000 hektar dalam tempoh lebih dua jam.

Kebakaran itu disebabkan angin Santa Ana, angin kencang dari gurun dan kawasan kering, mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan itu, membuatkan kebakaran bertambah teruk hasil asap dan bara api. 

Perintah pemindahan dikeluarkan terhadap kira-kira 19,000 orang sekitar tasik itu, yang terletak kira-kira 35 batu di utara Los Angeles dan berhampiran dengan bandar Santa Clarita.

“Saya hanya berdoa agar rumah kami tidak musnah terbakar,” kata seorang lelaki kepada penyiar KTLA ketika dia memasukkan barangan dalam keretanya.

Kebakaran itu berlaku ketika kawasan Greater Los Angeles masih belum pulih akibat dua kebakaran besar yang mengorbankan lebih dua puluh nyawa dan memusnahkan ribuan struktur bangunan. 

Robert Jensen dari Jabatan Sheriff Los Angeles County meminta semua penduduk di kawasan terjejas akibat kebakaran baharu ini untuk segera meninggalkan lokasi.

“Kami telah menyaksikan kemusnahan yang berlaku akibat kegagalan orang ramai untuk mematuhi arahan pemindahan dalam kebakaran di Palisades dan Eaton.

“Saya tidak mahu perkara sama berulang di sini. Patuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan,” katanya.

Rakaman televisyen menunjukkan kenderaan polis memasuki sekitar kawasan kejiranan bagi menggesa orang ramai meninggalkan lokasi dan mematuhi perintah pemindahan.

Rakaman turut menunjukkan helikopter dan pesawat berada di lokasi kebakaran menjatuhkan air dan bahan kalis api bagi meredakan kebakaran.

Pesawat itu termasuk dua Super Scooper, pesawat amfibia besar yang boleh membawa ratusan liter air.

Di daratan, Jabatan Bomba Daerah Los Angeles dan Hutan Nasional Angeles turut berusaha memadamkan kebakaran.

Setakat ini, punca awal kebakaran itu belum diketahui, tetapi ia berlaku semasa keadaan amaran kebakaran merah, apabila ahli meteorologi mengatakan angin kencang dan kelembapan rendah mendorong api merebak dengan cepat. – AFP

Continue Reading

Previous: Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden
Next: Empat maut berebut angpau di rumah hartawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.