Kebakaran hutan, 17,500 terpaksa berpindah

Facebook
WhatsApp
KIRA-kira 17,500 penduduk di Alberta dipindahkan akibat kebakaran hutan di Jasper dan kawasan berhampiran, lapor Xinhua, semalam. FotoAFP

OTTAWA: Kira-kira 17,500 penduduk di Alberta dipindahkan akibat kebakaran hutan di Jasper dan kawasan berhampiran, lapor Xinhua, semalam.

Taman Negara Jasper iaitu taman terbesar di Canadian Rockies termasuk kawasan bandar Jasper telah dikosongkan lewat malam, kelmarin.

Pihak berkuasa di wilayah Alberta, perbandaran Jasper dan Taman Negara Jasper, semalam memaklumkan operasi pemindahan dari bandar dan taman terbabit berjalan dengan lancar.

Sementara itu, British Columbia Wildfire melaporkan sekitar 300 kebakaran hutan aktif, manakala Alberta Wildfire melaporkan 176 kebakaran hutan yang aktif, semalam.

Indeks Kualiti Udara (AQHI) di Calgary mencapai tujuh (berisiko tinggi), dengan beberapa lokasi termasuk Edmonton dan Red Deer mencecah 10 (penarafan tertinggi pada skala AQHI), lapor CTV News. – Bernama – Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara