Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran gudang minyak wangi di barat laut Turkiye ragut enam nyawa, seorang cedera
  • GLOBAL

Kebakaran gudang minyak wangi di barat laut Turkiye ragut enam nyawa, seorang cedera

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEBAKARAN gudang minyak wangi di daerah Dilovasi, wilayah Kocaeli, barat laut Turkiye, hari ini.

KOCAELI (Turkiye): Kebakaran gudang minyak wangi di daerah Dilovasi, wilayah Kocaeli, barat laut Turkiye, hari ini mengorbankan enam orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik gabenor wilayah berkenaan.

Gabenor Kocaeli, Ilhami Aktas memberitahu Anadolu bahawa kebakaran itu telah berjaya dipadamkan.

Pejabat gabenor wilayah itu dalam satu kenyataan berkata seorang individu cedera dalam kejadian itu dan usaha sedang dijalankan untuk mengelakkan kebakaran berulang selepas api berjaya dipadamkan.

Terdahulu, pasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai kebakaran dan mereka berjaya memadamkannya.

Aktas turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu.

Sementara itu, punca kebakaran masih belum diketahui, namun siasatan telah dimulakan untuk mengenal pasti punca kejadian.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapan individu dinamakan sebagai suspek berhubung dakwaan palsu terhadap ijazah Jokowi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.