Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran enam hektar kebun sawit di Beladin, separuh berjaya dipadam
  • KEBAKARAN

Kebakaran enam hektar kebun sawit di Beladin, separuh berjaya dipadam

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN kebun sawit seluas enam hektar di Sungai Beras Beladin, Jalan Maludam, Pusa, berjaya dikawal sebahagiannya oleh pasukan bomba dalam operasi yang dijalankan petang semalam. Foto: PGO Bomba Sarawak

BELADIN: Kebakaran kebun sawit seluas enam hektar di Sungai Beras Beladin, Jalan Maludam, Pusa, di sini berjaya dikawal sebahagiannya oleh pasukan bomba dalam operasi yang dijalankan petang semalam.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.38 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi yang terletak sekitar 60 kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 5.40 petang dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan kebun sawit yang luas.

Operasi pemadaman segera dilaksanakan menggunakan satu aliran sepanjang 700 kaki, pam jenis Ziegler serta sumber air terbuka.

Komander Operasi, Mohd Shahrunizam Abdullah, melaporkan bahawa sehingga jam 7.00 malam, kira-kira tiga hektar kawasan berjaya dipadamkan, manakala baki tiga hektar lagi akan disambung operasi pemadaman pada hari berikutnya.

Operasi turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Beladin dengan kekuatan lima anggota, selain enam anggota bomba bersama sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kebakaran tanah gambut Kuala Tatau hampir pulih, 96 peratus berjaya dipadam pada hari ke-10 operasi
Next: Kebun sawit lima hektar terbakar di Kampung Kupang Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.