Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran dua unit kedai di Jalan Kwong Lee Bank, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran dua unit kedai di Jalan Kwong Lee Bank, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 14 hours ago
OPERASI pemadaman kebakaran oleh JBPM Sarawak di sebuah bangunan kedai di Jalan Kwong Lee Bank, malam ini. Tiada mangsa dilaporkan.

KUCHING: Dua unit kedai di Jalan Kwong Lee Bank di sini mengalami kerosakan selepas satu kebakaran yang berpunca daripada dua kenderaan merebak ke premis berkenaan malam ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.27 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan digerakkan ke lokasi dan tiba sekitar tujuh minit kemudian.

Komander Operasi, PBK I Philip Dugat, berkata setibanya di tempat kejadian, kebakaran melibatkan dua kenderaan telah merebak ke dua unit kedai berstruktur kekal dengan anggaran keluasan 20 x 60 kaki persegi.

“Kedai pertama terbakar sekitar 60 peratus, manakala kedai kedua 30 peratus. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, pasukan operasi bertindak pantas melaksanakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran Salur Bantu Mula (SBM) bagi mengawal dan memadam kebakaran.

Operasi melibatkan 17 anggota dengan kekuatan dua jentera FRT dan sebuah EMRS, dibantu BBP Tabuan Jaya sebagai balai sokongan. Setakat laporan ini dikeluarkan, masa kebakaran dikawal dan operasi ditamatkan masih dalam proses kemas kini.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar di Jalan Tanjung Kidurong
Next: Kemas kini: Kebakaran bengkel kereta, dua unit kedai terbakar di Jalan Kwong Lee Bank

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.