Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran di lapangan terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan
  • GLOBAL

Kebakaran di lapangan terbang Cape Town lumpuhkan penerbangan, paksa pemindahan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENUMPANG dilihat terkandas di luar salah satu terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town pada 24 Februari 2026 susulan laporan mengenai kebakaran yang tercetus lebih awal pada hari tersebut. Foto AFP

CAPE TOWN: Kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town semalam menghentikan penerbangan antarabangsa dan mencetuskan pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga melibatkan penumpang serta kakitangan, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kebakaran berlaku di bahagian luar lapangan terbang dan mengganggu beberapa perkhidmatan termasuk sebahagian rangkaian teknologi maklumat (IT).

Pihak berkuasa memaklumkan api berjaya dikawal kemudian, namun insiden itu memaksa penumpang dan kakitangan di kawasan terjejas dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

ANGGOTA bomba berhenti seketika di luar salah satu terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town pada 24 Februari 2026. Foto AFP

“Lapangan terbang mengesahkan yang satu kebakaran berlaku di bahagian luar lapangan terbang,” menurut Airports Company South Africa (ACSA) dalam satu kenyataan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dan semua penumpang, kakitangan serta pelawat berada dalam keadaan selamat. Keselamatan penumpang kekal keutamaan kami.”

“Kami memahami yang insiden ini mungkin menimbulkan kebimbangan dan kami menggesa semua penumpang serta pelawat agar mematuhi arahan keselamatan dan menuju ke lokasi selamat yang ditetapkan seperti diarahkan oleh kakitangan lapangan terbang,” menurut kenyataan itu lagi.

ANGGOTA bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan kelihatan berhampiran terminal pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town pada 24 Februari 2026. Foto AFP

Menurut ACSA, insiden tersebut menjejaskan beberapa perkhidmatan IT. “Sebagai langkah berjaga-jaga, pelepasan penerbangan antarabangsa digantung sementara dan penerbangan antarabangsa yang masuk dilencongkan.

Penerbangan antarabangsa yang mendarat sedang diproses.”

Pihak berkuasa lapangan terbang turut menasihatkan penumpang domestik agar menyemak terus dengan syarikat penerbangan masing-masing dan aplikasi mudah alih syarikat bagi mendapatkan maklumat terkini penerbangan.

“Maklumat lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa. Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama penumpang serta pihak berkepentingan,” menurut ACSA. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous:
Aksi ‘berani’ pesawat mendarat atas kereta api
Next: 62 maut dalam keganasan selepas raja dadah “El Mencho” terbunuh di Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.