Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran di Kampung Sageng Hilir, rumah musnah sepenuhnya
  • KEBAKARAN

Kebakaran di Kampung Sageng Hilir, rumah musnah sepenuhnya

Utusan Sarawak 1 day ago
Keadaan rumah yang terbakar di Kampung Sageng Hilir, Simunjan.

SIMUNJAN: Sebuah rumah tidak kekal di Kampung Sageng Hilir di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi, namun tiada mangsa cedera dilaporkan.

Menurut Komander Operasi, PBK I Fairus Jamain, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.36 petang sebelum mengerahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi bersama sebuah Jentera Bomba Penyelamat Ringan (LFRT) dan Hilux.

“Pasukan tiba pada 2.40 petang dan mendapati rumah berkeluasan kira-kira 25 x 52 kaki persegi itu sudah terbakar 100 peratus.

“Kami bertindak membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan dari pam jentera, manakala sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran,” katanya.

Operasi pihak bomba memadamkan kebakaran rumah di Kampung Sageng Hilir, Simunjan.

Tambah beliau, api berjaya dikawal pada 2.50 petang sebelum anggota meneruskan kerja pembaikan menyeluruh bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya.

“Tujuh penghuni rumah yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lapan rumah musnah kebakaran di Kidurong
Next: Rumah panjang 16 pintu di Saratok musnah 80 peratus dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.