Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran dapur rumah dua tingkat di Saratok berjaya dikawal bomba
  • KEBAKARAN

Kebakaran dapur rumah dua tingkat di Saratok berjaya dikawal bomba

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGGOTA bomba berjaya memadam kebakaran di bahagian dapur dalam satu kejadian kebakaran di Taman Mewah, Jalan Roban Lama, petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Satu insiden kebakaran kecil melibatkan sebuah rumah kediaman dua tingkat jenis struktur kekal di Taman Mewah, Jalan Roban Lama di sini berjaya dikawal oleh pasukan bomba, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.31 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergegas ke lokasi. 

Menurut PGO, kebakaran berpunca daripada peralatan memasak di ruang dapur rumah berkenaan dengan anggaran kemusnahan sekitar tiga peratus.

“Tindakan pantas pasukan bomba menggunakan kaedah menutup kepala injap gas serta menyelimutkan api menggunakan tuala basah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya,” katanya.

Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian tersebut. Pasukan operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Nasir Drahman bersama sembilan anggota dengan kekuatan satu jentera Menyelamat dan Memadam Kebakaran (FRT) dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Operasi dijalankan sepenuhnya oleh JBPM tanpa penglibatan agensi lain dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.53 petang.

JBPM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan peralatan memasak serta memastikan sistem keselamatan kebakaran seperti pemadam api mudah alih disediakan di kediaman masing-masing.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tayar belakang lori terbakar di Jalan KJD
Next: Toyota Hilux 4WD terbakar di bahagian enjin berjaya dipadam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.