Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran dapur hampir musnahkan kediaman pekerja di Jalan Main Bazaar
  • KEBAKARAN

Kebakaran dapur hampir musnahkan kediaman pekerja di Jalan Main Bazaar

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi kebakaran rumah pekerja di tingkat dua premis di Jalan Main Bazaar, Bintulu, bagi memastikan keadaan selamat dan tiada punca api aktif. Foto BBP Bintulu

BINTULU: Kediaman pekerja berstruktur tidak kekal di Jalan Main Bazaar di sini nyaris musnah dalam satu insiden kebakaran melibatkan bahagian dapur petang tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 1.35 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dibantu BBP Kidurong digerakkan ke lokasi.

Bagaimanapun, kebakaran di tingkat dua premis itu telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan empat unit alat pemadam api sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi.

“Peratusan kebakaran dianggarkan sekitar lima peratus, melibatkan bahagian dapur rumah pekerja dengan keluasan anggaran 10×12 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan tiada punca api aktif di lokasi kejadian.

“Tiada operasi pemadaman dilakukan oleh pihak bomba kerana kebakaran telah dipadam sepenuhnya. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati keadaan adalah selamat dan tiada talian gas di lokasi,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta musnah dalam kebakaran akibat kemalangan kendiri di Simpang Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.