Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran dapur di Kampung Long Tukon berjaya dipadam pemilik rumah
  • KEBAKARAN

Kebakaran dapur di Kampung Long Tukon berjaya dipadam pemilik rumah

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEBAKARAN… Keadaan bahagian dapur yang terbakar di Kampung Long Tukon, Jalan Briwan Trusan, semalam. Foto JBPM Sarawak

LAWAS: Tindakan pantas pemilik rumah berjaya memadam kebakaran di bahagian dapur sebelum ia merebak dalam insiden di Kampung Long Tukon, Jalan Briwan Trusan, di sini, semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamata (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota bergegas ke lokasi yang terletak 37 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas sebaik menerima panggilan pada 11.08 pagi.

KEBAKARAN… Keadaan bahagian dapur yang terbakar di Kampung Long Tukon, Jalan Briwan Trusan, semalam. Foto JBPM Sarawak

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kebakaran berlaku di bahagian luar dapur dan telah merebak sedikit ke dalam dapur, namun berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah. PKO tidak perlu menjalankan operasi pemadaman, dan setelah memastikan keadaan sekitar selamat, pasukan serta jentera bertolak balik ke balai,” kata kenyataan itu hari ini.

Katanya, kebakaran hanya melibatkan kira-kira empat peratus daripada peralatan dan perkakas di bahagian luar dapur dan keadaan masih terkawal serta selamat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan tiga blok rumah pekerja di Tabuan Jaya, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.