Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran bilik tingkat tiga klinik di Matang, berjaya dikawal 
  • KEBAKARAN

Kebakaran bilik tingkat tiga klinik di Matang, berjaya dikawal 

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di klinik tiga tingkat di Taman Lee Ling, di Matang hari ini. Foto BBP Petra Jaya  

KUCHING: Bangunan klinik tiga tingkat di Taman Lee Ling, Matang di sini mengalami kebakaran petang ini, namun kejadian berjaya dikawal pantas tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 1.42 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada 1.52 petang, kira-kira lapan kilometer dari balai terdekat.

Kebakaran melibatkan bilik berkeluasan kira-kira 10×10 kaki persegi di tingkat tiga bangunan salah satu klinik di Taman Lee Ling. Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar 30 peratus pada keseluruhan tingkat berkenaan.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di klinik tiga tingkat di Taman Lee Ling, di Matang hari ini. Foto BBP Petra Jaya

Operasi pemadaman diketuai oleh Ketua Balai BBP Petra Jaya, PPgB Mohd Adib Ibrahim, dengan bantuan pasukan dari BBP Batu Lintang. Kebakaran berjaya dikawal pada 2.08 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.28 petang.

Seramai 17 anggota digerakkan ke lokasi bersama dua jentera FRT dan EMRS. Anggota melakukan pemadaman menggunakan teknik ofensif dengan satu aliran sepanjang 200 kaki dan satu nozel, memanfaatkan bekalan air daripada pili bomba berhampiran.

Pihak bomba memaklumkan kebakaran berjaya dihalang daripada merebak ke bahagian lain bangunan, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan lebih besar serta ancaman kepada keselamatan awam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu kelancaran operasi.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar di Flyover Jalan Bulat, tiada kecederaan dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.