Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran besar di lapangan terbang utama Bangladesh, operasi penerbangan digantung
  • KEBAKARAN

Kebakaran besar di lapangan terbang utama Bangladesh, operasi penerbangan digantung

Utusan Sarawak 20 hours ago
KEBAKARAN… Tentera darat, udara dan laut Bangladesh turut menyertai usaha memadam kebakaran, bersama dua platun Pasukan Pengawal Sempadan.

DHAKA, Bangladesh: Kebakaran besar berlaku di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di ibu negara Bangladesh, Dhaka, pada Sabtu, menyebabkan semua operasi penerbangan dan pendaratan digantung, lapor Anadolu Ajansi memetik siaran penyiar tempatan.

Asap tebal menyelubungi kawasan sekitar, khususnya di bahagian kargo tempat barangan import disimpan.

Menurut Pusat Media Perkhidmatan Bomba Bangladesh, 36 unit anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk memadamkan api, manakala lima lagi unit sedang dalam perjalanan bagi membantu operasi.

Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut Bangladesh turut menyertai usaha memadam kebakaran, bersama dua platun Pasukan Pengawal Sempadan.

Laporan televisyen tempatan menyatakan beberapa individu termasuk anggota bomba cedera ketika operasi menyelamat dijalankan.

Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kecederaan belum didedahkan. Stesen televisyen Channel24 yang memetik pengawal keselamatan berkata sejumlah besar pakaian dan barangan lain disimpan di kawasan tersebut.

Letupan beberapa tin kimia turut kedengaran dan menyebabkan api marak dengan pantas.

Insiden hari ini berlaku hanya beberapa hari selepas dua kebakaran besar tercetus minggu ini- satu di sebuah kilang pakaian di kawasan Mirpur, Dhaka yang meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa, dan satu lagi di sebuah kilang di Zon Pemprosesan Eksport di Chattogram.

-Bernama  

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bateri litium terbakar dalam penerbangan Hangzhou-Seoul, tiada cedera
Next: Dapur rumah terbakar di Kampung Senadin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.