Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar Mukah: Agensi digerakkan, usaha pemadaman dipertingkatkan
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar Mukah: Agensi digerakkan, usaha pemadaman dipertingkatkan

Utusan Sarawak 1 day ago
MESYUARAT yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran Baharu Kerajaan Sarawak Mukah hari ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik. Foto UKAS

MUKAH: Kebakaran belukar yang berlaku di kawasan belakang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah serta berhampiran Lapangan Terbang Mukah kini semakin membimbangkan.

Situasi itu telah mendorong Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi menyelaras tindakan segera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Pentadbiran Baharu Kerajaan Sarawak Mukah hari ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik.

Dalam mesyuarat tersebut, Datu Buckland telah mengarahkan agar semua agensi berkaitan menambah keanggotaan serta memperhebatkan operasi pemadaman yang sedang dijalankan.

Beliau turut memaklumkan bahawa helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan segera digerakkan bagi melaksanakan operasi pengeboman air di kawasan terjejas.

“Langkah segera ini perlu bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan kritikal seperti institusi pendidikan dan lapangan terbang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine sebelum ini telah turun padang meninjau kawasan terjejas dan menyumbangkan dua set pam air bagi membantu usaha memadam kebakaran.

Usaha ini turut disokong oleh pekebun tempatan yang menyediakan lima lagi set pam air bagi mempercepat proses pemadaman.

Mesyuarat khas ini turut dihadiri wakil daripada pelbagai agensi keselamatan dan pengurusan bencana bagi memperkukuh koordinasi dan respons segera terhadap insiden ini.

Pihak berkuasa juga menggesa orang ramai untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang insiden kebakaran kepada jabatan berkaitan bagi mengelak keadaan bertambah buruk.

Turut hadir Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh. -UKAS

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan di Kampung Bakol berjaya dipadam selepas tiga jam
Next: Helikopter digunakan padam kebakaran di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.