Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar di Kuala Tatau cecah 300 hektar pada hari kelima operasi
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar di Kuala Tatau cecah 300 hektar pada hari kelima operasi

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemadaman dan ‘mopping’ dalam operasi kebakaran belukar di Kuala Tatau Serupai yang kini memasuki hari kelima.

TATAU: Kebakaran belukar di Kuala Tatau Serupai di sini dilaporkan terus merebak sehingga melibatkan keluasan sekitar 300 hektar setakat hari kelima operasi pemadaman, hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi pemadaman disambung semula pada awal pagi dengan memberi tumpuan kepada kebakaran tanah gambut yang masih aktif.

“Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) melalui imej satelit, keluasan keseluruhan kawasan terjejas dianggarkan sekitar 300 hektar.

“Setakat ini, sekitar 100 hektar kawasan berjaya dikawal, manakala baki sekitar 200 hektar masih terbakar,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua pam angkut termasuk bantuan daripada pihak ladang Woodman Plantation dengan penggunaan satu aliran hos sepanjang 200 kaki bagi melaksanakan kaedah ‘fire break’ untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan ladang kelapa sawit.

ANGGOTA bomba menjalankan kerja pemadaman dan ‘mopping’ dalam operasi kebakaran belukar di Kuala Tatau Serupai yang kini memasuki hari kelima.

Selain itu, dua jentera pengorek digunakan bagi membina ‘fire break’ sepanjang kira-kira lima kilometer bagi mengekang kebakaran daripada terus merebak.

Pasukan bomba turut menjalankan kerja ‘mopping’ di kawasan terlibat bagi memastikan tiada sisa kebakaran yang boleh mencetuskan api berulang, terutama dalam keadaan angin yang kuat.

Operasi turut berdepan cabaran berikutan keadaan tanah gambut serta faktor angin yang menyebabkan api mudah merebak ke kawasan lain.

Operasi pemadaman ditangguhkan pada 7.05 malam dan akan disambung semula esok.

Continue Reading

Previous: Kebakaran semak hari keempat terkawal, operasi disambung esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.