


MARAK…Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran belukar di Kampung Pulau Melayu di Miri, awal pagi tadi.Foto BBP Lutong
MIRI: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berjaya memadam kebakaran belukar di Kampung Pulau Melayu awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.28 tengah malam sebelum jentera dengan kekuatan tujuh anggota digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi pada 12.42 pagi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kawasan belukar seluas kira-kira 0.202 hektar.
“Pasukan bertindak memadam menggunakan tiga pemerap api sehingga api padam sepenuhnya,” katanya di sini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.11 pagi.