Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar berulang di Kuala Tatau, tiga hektar terjejas
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar berulang di Kuala Tatau, tiga hektar terjejas

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran belukar di Kuala Tatau Serupai yang melibatkan kawasan seluas sekitar tiga hektar. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Kebakaran belukar berulang dilaporkan berlaku di Kuala Tatau Serupai, melibatkan kawasan seluas kira-kira tiga hektar sejak petang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 4.37 petang dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar seperti yang dilaporkan dengan keluasan dianggarkan tiga hektar.

“Operasi pemadaman diteruskan pada hari kedua dengan pasukan bergerak ke lokasi pada jam 8.30 pagi sebelum tiba kira-kira 9.15 pagi.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran belukar di Kuala Tatau Serupai yang melibatkan kawasan seluas sekitar tiga hektar. Foto JBPM Sarawak

“Pasukan kemudian membawa pam angkut ke lokasi kebakaran yang terletak sekitar 300 meter dari jalan utama dan menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan sumber air dari parit berhampiran,” katanya.

Difahamkan, api berjaya dikawal daripada merebak sekitar 11.40 pagi.

Operasi disambung semula pada 2.00 petang menggunakan pam jenis Godiva GP 10/10 dengan jarak kira-kira 500 meter dari jalan utama, melibatkan dua pancutan air bagi memadam baki kebakaran.

Sehingga 6.00 petang, sekitar dua setengah hektar kawasan berjaya dipadamkan manakala baki setengah hektar masih dalam pemantauan.

Operasi pemadaman kemudian ditangguhkan berikutan keadaan cuaca semakin gelap dan akan disambung semula pada keesokan hari.

Beberapa kawasan dilaporkan masih mengeluarkan asap, namun keadaan terkawal serta jauh dari kawasan penempatan.

Continue Reading

Previous: Kebakaran dapur rumah di Samariang, wanita melecur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.