Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kebakaran: Beberapa penumpang panik, terjun dari sayap pesawat Ryanair
  • GLOBAL

Kebakaran: Beberapa penumpang panik, terjun dari sayap pesawat Ryanair

Utusan Sarawak 10 hours ago

Foto AFP

MADRID: Enam orang cedera ringan dalam insiden pemindahan kecemasan sebuah pesawat penumpang Ryanair di Lapangan Terbang Mallorca, ekoran kebakaran kecil yang berlaku di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media Sepanyol pada Sabtu.

Menurut laporan, penumpang berjaya keluar dari pesawat melalui pintu kecemasan secara teratur, namun beberapa orang bertindak terjun dari sayap pesawat dalam keadaan panik.

Kejadian dilaporkan berlaku pada malam Jumaat.

Akhbar Britain The Sun yang memetik kenyataan syarikat penerbangan melaporkan pesawat itu sepatutnya berlepas ke Manchester, England. 

Sebuah pesawat pengganti telah disediakan untuk meneruskan perjalanan.

Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.

Media tempatan di Mallorca melaporkan seramai 18 individu menerima rawatan pasukan paramedik, dan enam daripada mereka dibawa ke hospital. 

Bagaimanapun, tiada mangsa mengalami kecederaan serius.

Rakaman video yang disiarkan media menunjukkan penumpang memanjat keluar melalui pintu kecemasan di bahagian sayap kanan pesawat, turun ke tanah dan melarikan diri dari pesawat. Tiada asap atau api kelihatan dalam rakaman itu.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Doktor temui belut hidup berenang dalam usus lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.