

SIBURAN: Satu kebakaran bangunan dilaporkan berlaku di KIWMP Kampung Mambong, Jalan Mambong, dekat sini, tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 2.28 petang.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat bertindak segera sebaik menerima maklumat bagi mengawal kebakaran dan memastikan keselamatan penduduk setempat,” jelqs Komander Operasi, PBK I Sim Mui Chai melalui sebuah kenyataan hari ini.
Setakat ini, operasi pemadaman dijalankan secara terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba bagi menentukan sebab sebenar dan langkah pencegahan yang sesuai pada masa hadapan.