Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran awal pagi musnahkan dua gerai di Pasar Lapok Tinjar
  • KEBAKARAN

Kebakaran awal pagi musnahkan dua gerai di Pasar Lapok Tinjar

Utusan Sarawak 7 hours ago
MUSNAH… Dua gerai musnah terbakar dalam kejadian di Pasar Lapok Tinjar, pagi tadi. 

MIRI: Dua gerai di Pasar Lapok Tinjar, di sini, musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.38 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan dua pintu gerai dengan anggaran keluasan 20 x 50 kaki persegi, membabitkan struktur tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan satu nozel, menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan keadaan berjaya dikawal dalam tempoh singkat. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan serumah kediaman di Sungai Salim
Next: Kebakaran setinggan di Tatau ragut satu nyawa, 30 rumah musnah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.