Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebajikan rakyat di kawasan DUN Simanggang sentiasa diutamakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kebajikan rakyat di kawasan DUN Simanggang sentiasa diutamakan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis telah turun padang menyerahkan peralatan sokongan kepada Seek Poh Lai yang menerima kerusi roda manakala Lim Hong Kit mendapat bantuan tongkat. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang terus menjadi keutamaan apabila pelbagai inisiatif bantuan disalurkan kepada penduduk yang memerlukan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, usaha menyantuni rakyat ini adalah salah satu cara untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di kawasan itu menerima sokongan sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau telah turun padang menyerahkan peralatan sokongan kepada penduduk bagi memudahkan mobiliti mereka.

Dalam program tersebut, Seek Poh Lai menerima kerusi roda manakala Lim Hong Kit mendapat bantuan tongkat bagi memudahkan pergerakan harian mereka.

Majlis penyerahan diadakan di rumah kediaman penerima di RPR Fasa 2 Taman Sentosa Indah, yang berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cina RPR/Kampung Muhibbah/Kampung STC.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis itu ialah Kapitan Lai Joon Pin, Kapitan Ling Siew Hung dan Kaunselor Dilang Jungai yang turut memberi sokongan moral kepada penerima bantuan.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menekankan bahawa bantuan seperti ini bukan sahaja membantu dari segi fizikal, malah memberi semangat kepada penerima untuk terus aktif dalam kehidupan seharian.

Beliau menambah, komitmen pihaknya dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian akan diteruskan melalui pelbagai program dan inisiatif lain sepanjang tahun.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Roy Gingkoi salur peruntukan, perkasa kesejahteraan komuniti luar bandar Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.