Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kebajikan dan keselesaan jemaah di Arafah terus diberi keutamaan
  • SEMASA

Kebajikan dan keselesaan jemaah di Arafah terus diberi keutamaan

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan bersama para jemaah Malaysia ketika meninjau khemah penginapan dan pusat rawatan kesihatan jemaah Malaysia di Arafah. Foto: Bernama

MAKKAH: Kebajikan dan keselesaan jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Arafah terus menjadi keutamaan pengurusan haji negara, dengan setiap aspek perkhidmatan dipantau secara dekat bagi memastikan kelancaran ibadah kemuncak itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pemantauan yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan kemudahan penginapan dan logistik, malah merangkumi aspek kesihatan serta kesejahteraan jemaah sepanjang operasi masyair.

Beliau berkata hasil pemantauan dan maklum balas yang diterima setakat ini menunjukkan tahap kepuasan yang baik dalam kalangan jemaah terhadap kemudahan yang disediakan, namun pihaknya tetap terbuka menerima sebarang cadangan penambahbaikan.

“Kebanyakan maklum balas yang kita terima sangat positif, tetapi ada juga beberapa pandangan yang konstruktif.

DR Zulkifli Hasan bersama para jemaah Malaysia ketika meninjau khemah penginapan dan pusat rawatan kesihatan jemaah Malaysia di Arafah. Foto: Bernama

“Semua perkara itu kita ambil perhatian kerana usaha memperbaiki perkhidmatan kepada jemaah tidak pernah berhenti,” katanya selepas meninjau khemah penginapan dan pusat rawatan kesihatan jemaah Malaysia di Arafah, hari ini.

Beliau berkata petugas kesihatan turut menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan jemaah yang berdepan masalah kesihatan mendapat rawatan segera dan sewajarnya agar mereka dapat meneruskan ibadah dengan selesa.

Zulkifli berkata pendekatan menyeluruh yang melibatkan kebajikan, kesihatan dan keselesaan jemaah penting bagi memastikan setiap tetamu Allah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus mendoakan kesejahteraan jemaah haji negara agar dipermudah segala urusan ibadah dan dikurniakan haji yang mabrur. – Bernama 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hari Arafah ruang umat Islam perbanyak doa, zikir dan muhasabah diri
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur, Labuan dan 10 negeri hingga 6.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.