Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Keamanan hari ini hasil perjuangan pahlawan – Premier Sarawak
  • SEMASA

Keamanan hari ini hasil perjuangan pahlawan – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Tugu Pahlawan, Taman Budaya hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sambutan Hari Pahlawan merupakan simbol penghargaan dan peringatan kepada jasa para pejuang tanah air yang telah berkorban mempertahankan kedaulatan negara sejak era sebelum kemerdekaan hingga pasca merdeka.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perjuangan para pahlawan telah menjadi titik tolak penting dalam lipatan sejarah negara dan wajar dikenang sepanjang zaman.

“Simboliknya, Hari Pahlawan boleh diertikan dengan hari memperingati pahlawan yang telah berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman.

“Pahlawan negara seharusnya menjadi sejarah yang sentiasa dikenang kerana telah mencipta ketamadunan negara kepada bumi bertuah ini.

“Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merdeka mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa Majlis Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Tugu Pahlawan, Taman Budaya hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Tugu Pahlawan, Taman Budaya hari ini. Foto UKAS

Premier Sarawak turut mengajak rakyat untuk bersyukur atas nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang dikecapi hasil pengorbanan para pejuang terdahulu

“Sesungguhnya, segala kenikmatan yang kita kecapi ini adalah natijah pengorbanan jiwa dan raga rakan-rakan seperjuangan yang terdahulu.

“Tumpahan darah dan curahan keringat serta kepayahan dan keperitan mereka dalam perjuangan telah menghasilkan keharmonian dan kesentosaan hidup kepada kita sebagai satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kenikmatan yang diwarisi hari ini bukan sesuatu yang diperoleh dalam sekelip mata sebaliknya melalui perjuangan berterusan dan penuh pengorbanan.

“Kita mesti sedar bahawa segala kenikmatan yang kita warisi ini tidak diperolehi dengan mudah dalam jangka waktu yang singkat.

“Malah ia menyaksikan perjuangan berterusan yang mengorbankan jiwa dan raga para pahlawan tanah air untuk mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi tercinta ini,” ujarnya.

Premier Sarawak menggesa agar rakyat terus mengenang jasa para pejuang dan sentiasa mendoakan mereka serta keluarga yang ditinggalkan.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terima kunjungan hormat delegasi Muzium Negeri Pahang
Next: Sarawak berdepan cuaca panas berpanjangan, JPBN aktifkan pasukan kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.