Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Keakraban, kerjasama Malaysia-Brunei perlu diperkukuh
  • NASIONAL

Keakraban, kerjasama Malaysia-Brunei perlu diperkukuh

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 9 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) berkenaan menerima menghadap perpisahan oleh Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha (kiri) dan isteri, Datin Mariani Bongsu (kanan), di Istana Negara hari ini. Berangkat sama ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. —foroBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Dec 9 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (second, left) granted a farewell audience to the out-going Brunei High Commissioner to Malaysia Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha (left) and wife, Datin Mariani Bongsu (right), at the Istana Negara today. Also present is Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. —fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) berkenaan menerima menghadap perpisahan oleh Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datuk Paduka Alaihuddin Mohd Taha (kiri) dan isteri, Datin Mariani Bongsu (kanan), di Istana Negara semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Keakraban, semangat kejiranan serta kerjasama dua hala  dalam pelbagai bidang  termasuk hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brunei,  perlu  diperkukuhkan lagi demi kepentingan dan kesejahteraan ekonomi bersama, titah  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka menzahirkan  keyakinan, aliran perdagangan dan pelaburan  antara Malaysia dan Brunei dapat terus dipertingkatkan lagi, khususnya jalinan kerjasama perniagaan dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) kedua-dua negara.

“Al-Sultan Abdullah  turut  menzahirkan  harapan agar Brunei  dapat mempertimbangkan cadangan Malaysia bagi mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik  untuk menghidupkan semula sektor ekonomi  dua negara itu,  susulan impak Covid-19,”  kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Fadil  berkata, perkara itu dizahirkan Al-Sultan Abdullah dalam  Majlis Menghadap Perpisahan oleh Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datuk  Paduka Alaihuddin Mohd Taha dan isteri, Datin Mariani Bongsu, di Istana Negara semalam.

Berangkat sama ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Alaihuddin  secara rasmi mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia pada 25 November 2014 dan akan menamatkan penempatannya pada hujung bulan ini.

Dalam majlis pada 11.00 pagi semalam Seri Paduka  turut menzahirkan penghargaan kepada  Alaihuddin atas perkhidmatan  beliau sepanjang enam tahun di Malaysia, khususnya dalam memperkukuhkan hubungan istimewa dan kerjasama erat  antara kedua-dua negara.

“Seri Paduka Baginda merakamkan ucapan terima kasih kepada  Alaihuddin dan Kerajaan Brunei atas kerjasama baik, khususnya dalam menjayakan repatriasi rakyat kedua-dua negara yang terkandas ekoran daripada sekatan perjalanan akibat penularan wabak Covid-19.

“Sehingga kini, seramai 160 rakyat Brunei di Malaysia telah selamat pulang melalui kerjasama ini. Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada  kerajaan Brunei atas sumbangan berbentuk kit ujian Covid-19 kepada Malaysia,” kata Ahmad Fadil. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nama calon MB Perak dapat sokongan majoriti
Next: Saarani angkat sumpah jawatan MB Perak ke-14

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.