Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keadaan teratur di BSN Sarikei
  • TEMPATAN

Keadaan teratur di BSN Sarikei

Utusan Sarawak 5 years ago

EARL ANEK

SARIKEI: Keadaan agak lengang di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Sarikei, walaupun pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah mula dimasukkan ke akaun penerima secara berperingkat sejak kelmarin (6 April).

Tinjauan Utusan Sarawak di BSN Sarikei mendapati tidak ramai orang awam berada di sana sama ada untuk menyemak baki akaun bank mereka atau mengeluarkan wang BPN yang disalurkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang awam beratur mengikut arahan dan menjaga jarak sosial masing-masing serta sebahagian besar daripada mereka memakai topeng muka dan mulut.

Seorang polis bantuan BSN Sarikei Thomas berkata, beliau mula memantau keadaan orang awam yang datang ke bank sejak jam 7.00 pagi.

“Sejak jam 7.00 pagi semalam, saya mendapati tidak ramai orang datang beratur untuk menggunakan mesin ATM.

“Tidak seperti di tempat lain, keadaan di sini berbeza dan teratur buat masa ini.

“Di sini buat masa ini, masyarakat awam masih mematuhi PKP,” katanya ketika ditemubual Utusan Sarawak, pagi semalam.

Tambahnya, beliau berharap masyarakat awam sentiasa mematuhi PKP.

Sementara itu, seorang warga emas wanita berusia lingkungan 60 tahun yang enggan dikenali berkata, dia datang dari kawasan pedalaman untuk menyemak bantuan BPN.

“Saya datang ke sini bersama anak untuk menyemak bantuan BPN.

“Sudah tiada barang makanan lagi di rumah saya dan saya amat bergantung dengan bantuan BPN,” ujarnya dengan nada sedih.

Tinjauan Utusan Sarawak di beberapa bank komersial juga mendapati keadaan lengang dan tidak ramai orang berada di bank.

Continue Reading

Previous: Tiong agih bekalan perubatan, keperluan asas
Next: Sarawak perlu akur keputusan MKN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.