Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Keadaan banjir di Sarawak tunjuk trend menurun
  • SEMASA

Keadaan banjir di Sarawak tunjuk trend menurun

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak menunjukkan trend menurun dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 12,656 orang daripada 3,720 keluarga (KIR) yang masih berada di 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri.

Laporan yang dikemaskini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada 4.00 petang hari ini memaklumkan bahawa jumlah PPS kekal sama walaupun terdapat tiga PPS baharu dibuka dan dua PPS ditutup.

PPS baharu yang dibuka adalah di Dewan Masyarakat Beluru, Miri, Kem Belia Mukah, Mukah, dan Dewan Batu Bawang Matu, Mukah bagi menampung keperluan mangsa yang masih terjejas.

Sementara itu, PPS SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, Kuching dan PPS Balai Raya Ensebang Padang Bilon, Serian telah ditutup selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Bahagian Bintulu masih mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 5,712 orang, diikuti oleh Serian (2,506), Samarahan (1,882), Sibu (1,163), Miri (1,032), Kuching (238), dan Mukah (16).

Walaupun beberapa PPS di Bintulu menunjukkan penurunan jumlah penghuni, beberapa PPS di Serian dan Samarahan mengalami peningkatan, antaranya PPS SK Tanah Putih, Serian dengan 465 mangsa, PPS Dewan Pak Kung Serian (85 mangsa), PPS SK Tanah Merah (470 mangsa), PPS Balai Raya Kampung Balai Ringin (100 mangsa), PPS Dewan Pembangunan Sebuyau (251 mangsa), dan PPS Dewan Mesra Simunjan (180 mangsa).

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JKR digesa laksana kerja-kerja pembaikan Jalan Song/Sipan – Temalat
Next: Kerajaan Sarawak masih dalam proses kumpul data jumlah kerosakan akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.