Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keadaan banjir di Desa Senadin semakin pulih
  • WILAYAH

Keadaan banjir di Desa Senadin semakin pulih

Utusan Sarawak 7 hours ago
TINJAU… Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin bersama yang lain semasa meninjau keadaan banjir di Desa Senadin, Miri, semalam. 

MIRI: Keadaan banjir di kawasan Desa Senadin di sini dilaporkan semakin pulih apabila kebanyakan kawasan yang terjejas kini telah kembali normal, kata Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurut beliau, hasil tinjauan lapangan yang dijalankan semalam bersama jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pasukan pusat khidmat mendapati sebahagian besar kawasan telah bebas daripada banjir.

“Bagaimanapun, masih terdapat dua lorong di Jalan Jati yang airnya hanya surut sebahagian, manakala dua lorong lain pula masih mempunyai takungan air di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TINJAU… Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin bersama yang lain semasa meninjau keadaan banjir di Desa Senadin, Miri, semalam. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, pemeriksaan turut dilakukan ke atas saluran keluar longkang yang bersambung ke kolam takungan air, dan didapati paras air di kolam berkenaan masih berada pada tahap tinggi.

Sehubungan itu, beliau berkata JPS akan mengadakan pertemuan dengan Sarawak Energy (SEB) esok bagi membersihkan satu kesesakan utama saliran air ribut di kawasan tiang elektrik SEB berhampiran Pencawang Tudan bagi melancarkan pelepasan air dari kolam takungan.

“Selain itu, JPS juga akan membersihkan beberapa saluran keluar kolam takungan dalam masa terdekat bagi memastikan aliran air berjalan lancar serta mengurangkan risiko banjir berulang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada dan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian luar jangka, khususnya sekiranya hujan lebat berterusan.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa penyelenggaraan proaktif susulan kejadian jalan runtuh di Lorong APT 2
Next: APM Sri Aman pantau lokasi berisiko banjir, paras air masih terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.