Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KDN pergiat banteras dadah sintetik, ‘piu-piu’
  • NASIONAL

KDN pergiat banteras dadah sintetik, ‘piu-piu’

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman pengedaran dan penyalahgunaan dadah sintetik jenis methamphetamine serta pil psikoaktif yang dikenali sebagai “piu-piu”, termasuk fentanyl yang kini dikesan di pasaran.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ancaman dadah jenis baharu itu menjadi perhatian utama, kerana ia berisiko menyebabkan ketagihan, kematian akibat pengambilan berlebihan, serta peningkatan jenayah dan masalah sosial.

Beliau berkata bagi tempoh tahun 2023 hingga Jun 2026, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merekodkan sebanyak 238,704 tangkapan, berkaitan pelbagai kesalahan dadah sintetik di seluruh negara.

“Bagi menangani isu ini, PDRM mempergiat operasi melalui Ops Tapis dan Ops Tapis Khas di kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Penggunaan teknologi moden seperti dron dan kamera pengawasan, kini turut dioptimumkan bagi mengesan aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Dewan Rakyat pada Khamis.

Saifuddin Nasution menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin mengetahui tindakan kementerian membanteras pengedaran dan penagihan dadah sintetik seperti fentanyl dan “piu-piu” di Malaysia, serta usaha mengekang gejala itu di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Mengulas mengenai pemantapan perundangan, Saifuddin Nasution berkata tindakan tegas terus dilaksanakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan akta berkaitan yang lain.

Selain itu, beliau berkata kerajaan sedang dalam penelitian untuk meminda ADB 1952 bagi menyenaraikan dadah sintetik baharu atau New Psychoactive Substances (NPS) ke dalam jadual undang-undang berkenaan.

“Selain penguatkuasaan, aspek pencegahan melalui pendekatan Community Policing turut diperkasakan. Sejak 2023 hingga Jun 2026, sebanyak 1,144 program pencegahan telah dilaksanakan di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Mengenai usaha di Sarawak, Saifuddin Nasution berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 7 Jun 2026 sahaja, sebanyak 7,097 individu telah ditangkap di negeri itu membabitkan 342 pengedar, 1,314 pemilik dan 5,441 penagih dadah.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 418.01 kilogram dadah bernilai RM53.73 juta berjaya dirampas, manakala 13 individu dikenakan tindakan di bawah ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Sebanyak 131 penagih tegar dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952 dan aset sindiket bernilai RM1.95 juta telah disita,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata keupayaan analisis forensik makmal juga terus dipertingkat, bagi memprofil trend kemunculan dadah sintetik baharu seperti analog fentanyl dan opioid sintetik, agar tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan dengan lebih cepat.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPDN lancar kempen ‘Jom Beli Selamat’ tangani penipuan dalam talian
Next: Permohonan SKDS kenderaan persendirian syarikat kategori jip, pikap mulai hari ini – Armizan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.