Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di sempadan
  • NASIONAL

KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di sempadan

Utusan Sarawak 7 hours ago
KDN nilai jumlah jualan bahan api bagi penguatkuasaan stesen minyak di sempadan. Foto Bernama

PENGKALAN HULU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menilai jumlah jualan bahan api di stesen minyak berhampiran sempadan negara dalam pelaksanaan penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan bahan api.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mendapatkan data jualan daripada Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengenal pasti stesen minyak yang mencatatkan jualan tidak munasabah.

“Sebaik sahaja dikongsi rekod jualan pada kita, maka kita akan menggerakkan pasukan polis memberi tumpuan terus kepada stesen minyak berhampiran sempadan yang menyaksikan rekod jualan tidak munasabah. Itu akan memudahkan aktiviti kita.

“Kalau jumlah jualan itu mencatatkan rekod jualan luar biasa tingginya, maka itu fokus utama kami,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan pemantauan operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, di sini hari ini.

Semalam, Saifuddin Nasution berkata KDN akan menempatkan anggota polis di stesen minyak berhampiran kawasan sempadan bagi memantau dan mengekang penyeludupan bahan api.

Langkah itu susulan arahan terbaharu Kabinet minggu lepas susulan konflik di Asia Barat yang berisiko memberi kesan rantaian terhadap bekalan dan harga barangan negara.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata KDN akan melihat semua akta yang bersesuaian bagi mendakwa mereka yang terlibat dalam penyeludupan dan ketirisan bahan api.

Beliau berkata, walaupun kes melibatkan barang kawalan termasuk bahan api di bawah KPDN yang bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Barang Kawalan, namun kes yang melibatkan penyeludupan dan kecurian terletak di bawah KDN. 

Saifuddin Nasution berkata kerjasama antara agensi penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan usaha mengekang ketirisan subsidi dan melindungi kepentingan rakyat dapat dilaksanakan secara berkesan.
Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kerajaan teliti perluasan subsidi diesel, pastikan tiada golongan tercicir
Next: MOTAC gesa perluasan laluan penerbangan baharu dengan Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.