Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KDN lulus 21 projek bernilai RM558.7 juta
  • NASIONAL

KDN lulus 21 projek bernilai RM558.7 juta

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 10 Jan -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (dua, kanan) melakukan gimik pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas Polis Diraja Malaysia hari ini. Turut serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Dahlan Abdul Aziz (dua, kiri), Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) Amran Mohd Majid (kiri) dan Komander Unit Tindakhas Datuk Khairi Khairudin (kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

GIMIK… Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (dua, kanan) melakukan gimik pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas
Polis Diraja Malaysia semalam. • Foto BERNAMA

SEMENYIH:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan sebanyak 21 projek kementerian berkenaan bernilai RM558.7 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, daripada 21 projek yang diluluskan itu, 10 daripadanya adalah projek-projek pembangunan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 11 lagi berada di bawah agensi lain KDN.

Beliau berkata, kos projek melibatkan PDRM adalah dianggarkan bernilai RM326.8 juta.

“Sebanyak 10 projek PDRM berkenaan antaranya akan membina 18 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Selangor, pembinaan Balai Polis Kuala Penyu di Beaufort, Sabah serta pembinaan 10 kuarters Balai Polis Pulau Redang di Terengganu.

“Selain itu, perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan IPK Perak,” katanya, dalam sidang media selepas hadir majlis perasmian Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan Unit Tindakhas PDRM, di Kem Batalion 4, PGA, di sini, semalam.

Hamzah berkata, 11 lagi projek antaranya melibatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Menurutnya, dua pos dan kuarters imigresen akan dibina di Telok Melano dan Bau, manakala Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tebedu, Sarawak.

“Selain itu, untuk Jabatan Penjara antaranya melibatkan pembinaan Kompleks Latihan Tenun Pahang Diraja di Penjara Penor dan menaik taraf Pusat Asingan Penempatan Banduan, Blok Peralihan dan Blok Penempatan di Penjara Simpang Renggam, Johor,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Pelajar Kpg. Bemban naik bot tempur ke sekolah
Next: 987 lokasi dibaik pulih babitkan kos RM1.4 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.