Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KDN jamin lulus kewarganegaraan anak Sarawak
  • SEMASA

KDN jamin lulus kewarganegaraan anak Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kementeriannya akan mempercepatkan proses kelulusan permohonan kewarganegaraan rakyat Sarawak.

Perkara ini diberitahu oleh Saifuddin dalam perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dalam pertemuan di Putrajaya baru-baru ini.

“Beliau (Saifuddin) berkata Kementerian Dalam Negeri akan mempercepat proses memberi kelulusan kepada permohonan rakyat Sarawak yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

“Setakat ini, Sarawak mempunyai kira-kira 900 permohonan yang masih belum diluluskan dan masih menunggu jawapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuaray Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kediamannya di sini, hari ini.

Fatimah berkata, Saifuddin juga bersetuju untuk mengakitifkan semula Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A.

“Alhamdulilah dalam kunjungan hormat itu, beliau bersetuju untuk menghidupkan kembali jawatankuasa itu dan ini untuk Sarawak sahaja.

“Sebelum ini (semasa pemerintahan Pakatan Harapan) yang menjadi pengerusi bersama saya ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri namun kali ini beliau (Saifuddin) sendiri yang bersetuju untuk menjadi pengerusi dalam jawatankuasa ini.

“Saya melihat ini sebagai kesungguhan di pihak beliau. Hal ini kerana sekiranya menteri itu sendiri dalam jawatankuasa itu, proses memberi kelulusan dapat dipercepatkan,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Keterangan gambar

Fatimah ketika sidang media di Kuching hari ini.

Continue Reading

Previous: Belum ada kes peniaga naik harga barang kawalan
Next: Had mungkin lebih RM50 juta untuk projek dikendali Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.