Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KDN digesa selesaikan isu kewarganegaraan
  • TEMPATAN

KDN digesa selesaikan isu kewarganegaraan

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus memandang serius isu kewarganegaraan rakyat Sarawak yang tidak pernah diselesaikan sehingga ke hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan isu tersebut terlalu lama sehingga menyebabkan ramai rakyat menderita.

“Kita sedar ia (tempoh permohonan) memakan masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa depan pemohon. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berusaha sebaik mungkin menyelesaikan isu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sejambak Kasih Tahun Baru Cina 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKN) dengan kerjasama Kuching Heng Hua Seng Ing Tong di sini, semalam.

Mengulas lanjut, kata Fatimah, bagaimanapun keputusan untuk meluluskan permohonan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Disebabkan itu, jelasnya, kerjasama antara kedua-dua pihak amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat sejak sekian lama itu.

“Kerajaan Sarawak komited menyelesaikan isu berkenaan kerana ia juga merupakan antara manifesto yang kita perjuangkan. Justeru, surat permohonan rasmi akan dihantar kepada KDN untuk pertimbangan segera,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 253 permohonan status kewarganegaraan rakyat di Sarawak telah diluluskan, sementara 716 permohonan masih belum mendapat maklum balas daripada KDN.

Terdahulu, satu Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan di bawah 15A (JKK15A) diwujudkan melibatkan kerjasama Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan sejak 2016 dan masih aktif sehingga kini.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: Selami ‘denyut nadi’ rakyat
Next: PJKM diperluas ke luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.