Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KDJA mahu kebajikan, perlindungan wartawan Sarawak diperkukuh
  • TEMPATAN

KDJA mahu kebajikan, perlindungan wartawan Sarawak diperkukuh

Utusan Sarawak 8 hours ago
PRESIDEN KDJA, Ronnie Teo.

KUCHING: Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) menyeru agar perlindungan kebajikan terhadap pengamal media di Sarawak diperkukuh, khususnya melibatkan wartawan muda, pekerja bebas serta pemberita sambilan yang berdepan cabaran kerjaya semakin mencabar.

Presiden KDJA Ronnie Teo berkata beberapa perkembangan perundangan di peringkat nasional sejak kebelakangan ini memberi harapan terhadap perubahan positif dalam industri media.

“Kami mengalu-alukan beberapa perkembangan penting perundangan di peringkat nasional yang memberi harapan kepada perubahan positif seperti Akta Pekerja Gig 2025 yang kini berkuat kuasa, sekali gus menyediakan perlindungan lebih menyeluruh kepada pekerja bebas dan wartawan sambilan dalam ekonomi gig.

“Kami meminta organisasi media serta platform digital melaksanakan sepenuhnya kontrak yang adil, standard bayaran minimum, perlindungan insurans dan mekanisme penyelesaian pertikaian bagi wartawan bebas di Sarawak,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 hari ini.

Teo berkata Akta Majlis Media Malaysia 2025 yang mewujudkan kerangka bagi memperkukuh standard media, kebebasan serta pembangunan profesional memainkan peranan penting dalam meningkatkan etika, tatakelakuan dan kelestarian ekosistem media negara.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan satu perkembangan bermakna, namun masih banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan dasar berkenaan diterjemahkan kepada penambahbaikan nyata di peringkat akar umbi di Sarawak.

“Kami tetap bimbang terhadap isu kadar bayaran yang rendah dan tidak menentu dalam kalangan wartawan di Sarawak ketika kos sara hidup semakin meningkat. Keadaan itu ditambah pula dengan beban tugas, waktu kerja tidak menentu, tekanan terhadap kesihatan mental serta sistem sokongan yang masih tidak mencukupi.

“Pada masa sama, risiko keselamatan yang dihadapi wartawan ketika membuat liputan tugasan sensitif atau di kawasan pedalaman masih wujud. Selain itu, terdapat keperluan terhadap lebih banyak latihan setempat, pembangunan kapasiti serta skim kebajikan khusus untuk pengamal media di Sarawak,” katanya.

Sambutan HAWANA 2026 dijadual berlangsung di Pulau Pinang pada 20 Jun ini yang mengangkat tema “Media Berintegriti, Teras Kredibiliti” bagi memperkasakan peranan pengamal media dalam pembangunan negara.

Majlis kemuncak sambutan tahunan bagi menghargai jasa golongan pengamal media itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MIS: LPB, SAINS salur RM3 juta zakat perniagaan kepada TBS
Next: Penghuni rumah panjang diminta utamakan keselamatan menjelang Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.