PASUKAN Kuching City FC menjalani latihan sebagai persiapan mengharuni perlawanan dalam Liga Premier.
KUCHING City FC (KCFC) berazam untuk menempatkan diri dalam kelompok teratas Liga Premier 2022 sekali gus melayakkan diri ke saingan Liga Super musim hadapan.
Ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, persiapan rapi sudah dibuat untuk memastikan anak buahnya menjadi antara pencabar terkuat dalam saingan Liga Premier musim ini.
Menurutnya, beberapa perlawanan persahabatan turut dilangsungkan sebelum ini bagi menguji keupayaan pemain.
“Saya menggunakan perlawanan persahabatan untuk menilai segala kelemahan pasukan,” katanya.
Beliau turut berharap anak buahnya sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.
“Saya menyasarkan kami berada dalam kelompok dua terbaik dan melayakkan diri ke saingan liga utama,” ujarnya.
Beberapa perlawanan melibatkan Kuching City FC terpaksa ditangguhkan akibat jangkitan Covid-19 membabitkan pasukan lawan.
Ia termasuk perlawanan pembukaan menentang PDRM FC dan saingan Piala FA menentang UiTM FC yang sepatutnya dilangsungkan pada 15 Mac.
Sehubungan itu, Irfan berharap perlawanan menentang Terengganu FC II dapat dilangsungkan seperti dijadualkan.