Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • KBS perkasa pembangunan belia, sukan di luar bandar Sabah, Sarawak
  • SEMASA

KBS perkasa pembangunan belia, sukan di luar bandar Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) bersalam dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol (kanan) pada kunjungan hormat Mordi ke pejabat Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bangunan Baitul Makmur II, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneruskan usaha memperkasakan pembangunan belia dan sukan, terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak, sebagai antara fokus utama dalam agenda kementerian itu.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata kementerian kini sedang mengkaji dan merancang kerangka program terbaharu, antaranya Jelajah Borneo yang sebelum ini dikenali sebagai Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM), dengan penekanan khusus terhadap belia di luar bandar.

“Saya sentiasa menekankan betapa pentingnya segala inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian sampai kepada golongan sasar secara berkesan,” katanya pada sidang media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, di sini hari ini.

Selain itu, pada program Jelajah Borneo yang kali pertama dianjurkan bermula tahun ini, beliau sendiri akan turun padang untuk mendengar suara anak muda, dan memastikan pandangan serta keperluan mereka diambil kira dalam perancangan program.

Sementara itu, timbalan menteri itu berkata pelaksanaan program, dan aktiviti pembangunan belia serta sukan adalah berasaskan data dan kesesuaian masyarakat setempat bagi memastikan keberkesanan setiap penganjuran. 

Inisiatif berkenaan membolehkan program dirancang mengikut keperluan lokaliti masing-masing, selaras dengan pendekatan ‘bottom-up’.

“Pada tahun lepas, kementerian memberikan kebebasan kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri untuk merangka program Rakan Muda mengikut lokaliti masing-masing. Pendekatan ini memastikan setiap program lebih relevan, dan memberikan impak positif kepada golongan sasar,” katanya.

Mordi berkata jelajah itu bukan sekadar perjumpaan, tetapi platform untuk anak muda menyuarakan pandangan, menambah ilmu berorganisasi serta membina jaringan komuniti.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pereka Hello Kitty bersara selepas 40 tahun terajui reka bentuk
Next: ‘Mahkamah media sosial’ cabaran terhadap integriti siasatan SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.