Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kazakhstan mula lakukan pembedahan ortopedik robotik bertaraf dunia
  • GLOBAL

Kazakhstan mula lakukan pembedahan ortopedik robotik bertaraf dunia

Utusan Sarawak 13 hours ago
GAMBAR hiasan.

ASTANA: Hospital Pusat Perubatan Pentadbiran Presiden Kazakhstan telah mula melakukan pembedahan ortopedik menggunakan sistem robotik Mako, antara teknologi tercanggih dalam traumatologi dan ortopedik global, lapor Agensi Berita Qazinform.

Diiktiraf sebagai unggul dalam pembedahan dibantu robot, sistem itu digunakan secara meluas di klinik terkemuka di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Lebih 1.5 juta pembedahan telah dilakukan di seluruh dunia menggunakan teknologi berkenaan.

Keberkesanan dan keselamatan teknologi itu disokong oleh lebih 500 kajian saintifik.

Sistem tersebut telah dipasang di lebih 45 negara, menjadikannya salah satu sistem paling banyak dikaji dan terbukti dalam ortopedik.

Sebelum pembedahan, model 3D peribadi bagi sendi pesakit dicipta, membolehkan pakar bedah merancang setiap perincian prosedur.

Semasa operasi, robot membimbing pergerakan instrumen, memastikan ketepatan, mengurangkan risiko salah letak implan dan meminimumkan kerosakan tisu lembut.

Ini membawa kepada prosedur yang lebih selamat, hasil yang lebih konsisten dan masa pemulihan lebih pantas.

Kajian di seluruh dunia menunjukkan ketepatan lebih tinggi dalam penempatan implan, mengurangkan trauma tisu dan risiko komplikasi lebih rendah, tempoh pemulihan lebih pendek, kembali lebih cepat kepada aktiviti normal dan peningkatan keseluruhan dalam kualiti rawatan untuk pesakit.

Pakar trauma di hospital itu telah menjalani latihan khusus dan sudah mula melakukan pembedahan menggunakan sistem robotik berkenaan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Filipina terima 15,000 dos ubat suntikan PrEP susulan peningkatan kes HIV
Next: Madinah sambut ketibaan kumpulan baharu jemaah umrah selepas musim haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.