Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kayuhan ‘Hari Malaysia’
  • SUKAN

Kayuhan ‘Hari Malaysia’

Utusan Sarawak 5 years ago

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 September depan, Persatuan Berbasikal Bahagian Betong (PBBB) dengan kerjasama Saberkas Saribas dan Saribas Cycling Team bercadang akan menganjurkan ‘Kayuhan Saberkas Hari Malaysia’.

Presiden PBBB, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, program yang dalam perancangan pihaknya itu akan belangsung pada 13 September nanti.

Dengan jarak perjalanan peserta untuk program berkenaan sejauh 200 kilometer bermula dari Bandaraya Kuching sehingga ke Debak, Betong.

“Kita bercadang menganjurkan program itu (Kayuhan Saberkas Hari Malaysia) pada 13 September nanti.

“Segalanya bergantung kepada situasi…jika keadaan mengizinkan kita akan meneruskan penganjuran program ini,” ujar Saiful ketika mengulas mengenai perkara itu.

Tambah beliau, sasaran pihaknya akan cuba menggumpul sejumlah peserta dengan kadar terhad bagi menjayakan kayuhan  tersebut.

“Kita berharap kekalutan situasi yang dibayangi musibah virus berbahaya (Covid-19) akan berakhir sepenuhnya sekali gus membuka peluang untuk menganjurkan program ini,” kata Saiful lagi.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Rai kejuaraan Juventus ‘tertangguh’
Next: Unai Emery jurulatih baharu Villarreal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.