Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kawasan pendakian Tanjong Batu ditutup sementara
  • KEBAKARAN

Kawasan pendakian Tanjong Batu ditutup sementara

Utusan Sarawak 21 hours ago

BINTULU: Kawasan pendakian di hutan bukit Tanjong Batu ditutup sementara berikutan kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata kebakaran itu dipercayai berpunca daripada cuaca panas dan kemungkinan faktor kecuaian manusia.

“Asap tebal memang jelas kelihatan dari jauh.

“Saya ingin menasihatkan semua pencinta aktiviti pendakian agar tidak merokok atau membuang puntung rokok secara sembarangan.

“Hutan kita bukan tempat untuk buang sampah,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, penutupan sementara kawasan pendakian adalah langkah penting demi keselamatan orang awam kerana asap tebal boleh menjejaskan kesihatan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa kawasan pendakian ditutup buat sementara waktu.

“Jadi, saya mohon orang ramai untuk tidak mendaki dahulu. Asap ini bahaya kepada paru-paru.

“Jaga diri, dan sama-sama kita pelihara alam sekitar,” tambahnya.

Setakat ini, pihak berkuasa masih memantau situasi kebakaran dan sedang menilai tahap kerosakan di kawasan yang terjejas.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 24 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran tiga rumah di Sibu
Next: Kebakaran sampah di tapak pelupusan Jalan Selalang berjaya dipadamkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.