Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawasan operasi SAR dua beranak diperluaskan 77.54 batu nautika persegi
  • WILAYAH

Kawasan operasi SAR dua beranak diperluaskan 77.54 batu nautika persegi

Utusan Sarawak 7 hours ago
SAR hari kedua mangsa daripada pelbagai agensi penyelamat diteruskan pada hari ini di sekitar perairan Kabong. Foto Maritim Malaysia

KABONG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua nelayan Tuah Bujang, 57, bersama anaknya Aiman Tuah, 24, yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di perairan Beting Yu, berhampiran Kabong, sejak Rabu lalu.

Menurut kenyataan Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching hari ini, pihaknya menerima laporan awal berhubung insiden itu pada 11.30 pagi semalam daripada Zon Maritim Tanjung Manis yang memaklumkan bot bersama dua kru tidak kembali ke daratan selepas turun ke laut.

SAR hari kedua mangsa daripada pelbagai agensi penyelamat diteruskan pada hari ini di sekitar perairan Kabong. Foto Maritim Malaysia

“Usaha pencarian telah digerakkan melibatkan aset maritim di laut, dengan radius pencarian pada hari pertama merangkumi 13.60 batu nautika persegi. 

“Bagi hari kedua hari ini, kawasan operasi telah diperluaskan kepada 77.54 batu nautika persegi,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di Kabong bagi menyelaras operasi dengan lebih sistematik, diketuai oleh Leftenan Maritim Mohamad Syafiq Junid Abu Seman.

Setakat ini, kedua-dua nelayan berkenaan masih belum ditemui dan operasi mencari diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat serta komuniti setempat.

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Tuah Bujang, 57 tahun, bersama anaknya, Aiman Tuah, 24 tahun, dilaporkan keluar ke laut sekitar 2.00 petang, Rabu lalu.

Bagaimanapun, pada 5.00 petang, keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat serta laut bergelora menyebabkan kedua-dua mangsa gagal dihubungi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Larian Benak 2025 buka tirai Pesta Benak Sri Aman tahun ini
Next: Ibu bapa, sekolah diminta serius bendung budaya buli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.