Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kawasan Gunung Buda berpotensi besar dibangunkan
  • Utara
  • WILAYAH

Kawasan Gunung Buda berpotensi besar dibangunkan

Utusan Sarawak 4 months ago
SIJIL PENGHARGAAN… Tom Singa Bayong (tengah) menyerahkan sijil penghargaan kepada ahlinya.

LIMBANG: Sektor pelancongan di kawasan Gunung Buda Ulu Limbang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.
Sehubungan itu Syarikat Lun Bawang, Kelabit, Tabun Gunung Buda Bersatu berharap pihak kerajaan dapat memajukan segera tanah untuk pembinaan inap desa di kawasan pelancongan terkemuka itu seperti yang dipohon sebelum ini.
Pengarah Syarikat Lun Bawang, Tabun, Kelabit, Buda Bersatu Medamit yang juga Pengarah Koperasi Gunung Buda Bersatu Tom Singa Bayong berkata kawasan Gunung Buda hanya dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
“Kemudahan inap desa ini amat diperlukan dalam usaha kita memajukan dan menbangunkan kawasan pelancongan terkemuka itu kepada pelancong luar.
“Kita berharap permohonan yang dikemukakan sejak 2014 ini dapat dilaksanakan kerajaan untuk memajukan kawasan berkenaan,”katanya kepada media pada majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Syarikat Lun Bawang, Tabun, Kelabit, Buda Bersatu Medamit kepada ahli-ahli syarikat itu di Dewan KEMAS pada Sabtu.
Pada masa yang sama, masyarakat tradisi di kawasan berkenaan akan terus mempromosi untuk menghidupkan adat dan budaya masyarakat di sekitar apabila Gunung Buda.
Masyarakat Lun Bawang, Kelabit dan Tabun mempunyai pelbagai budaya dan adat resam yang perlu dipelihara dan dipromosikan kepada luar.
Selain itu pelbagai peralatan untuk kegunaan harian dan permainan masih disimpan rapi untuk dipamirkan kepada pelancong luar.
“Kami berhasrat untuk menghidupkan semula budaya dan adat resam untuk diwarisi kepada generasi muda dan dipromosikan kepada luar.
“Peralatan mengerjakan sawah seperti pondok, lesung dan papan mengetuk padi akan dibina untuk memelihara dan menghidupkan adat budaya agar tidak pupus ditelan zaman,” katanya.
Terdahulu Tom Singa menyerahkan sijil penghargaan koperasi bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatan ahli-ahli syarikat itu terhadap kemajuan syarikat sejak ditubuhkan lebih 20 tahun.
Syarikat itu akan terus proaktif mengatur pelbagai program termasuk pelancongan dengan mengadakan lawatan ke Gunung Buda sepanjang 2025.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hubungan baik perlu diteruskan
Next: Mohd Maizatul johan pertandingan memancing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.